BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 18, 2010

Elemen utama komunikasi

Model Asas Elemen-elemen Komunikasi
Komunikasi boleh disampaikan dengan pelbagai cara:
  1. Sumber :  (induvidu @ kumpulan) - komunikasi disampaikan melalui individu itu sendiri atau melalui kumpulan. Penyampaian komunikasi ini adalah untuk menentukan niat atau tujuan, memastikan penerimaan dan pentafsir maklumbalas daripada penerima, mengubahsuai mesej setelah menerima maklumbalas dan memperbetulkan mesej yang gagal ditafsir. (menkod mesej).
  2. Mesej : hasil proses enkod (menerima maklumat). Mesej juga adalh status set simbol (lisan atau bukan lisan) ia mewakili pemikiran sumber dalam tempoh masa tertentu. Mesej boleh disampaikan dengan pelbagai cara dan ia membawa makna kepada sesuatu perkara atau komunikasi.
  3. Saluran : saluran yang dimaksudkan disini iailah media. Media memainkan peranan penting dalam sesebuah komunikasi kerana ia adalah penghubung sumber dan penerima. Media adalah elemen fizikal penyaluran maklumat. Contohnya, lisan bersemuka, surat, majalah, radio, mel elektronik, teleon dan lain-lain. elemen ini juga mempunyai matlamat dan saluran tersendiri. Ia mengikut kesesuaian dengan sasaran atau penerimanya dan juga dengan kesesuaian bentuk mesej yang hendak disampaikan.
  4. Penerima : induvidu atau kelompok yang menerima mesej yang diterima. penerima juga adalah individu yang ditujukan mesej oleh sumber dan mungkin menerima mesej secara tidak langsung. penerima mentafsirkan mesej dalam bentuk bermakna (dekod atau proses dalaman). 
  5. Maklumbalas : adalah proses mesej-mesej menggambarkan reaksi penerima melalui pendengaran dan memerhatikan  isyarat dari penerima. Melalui maklumbalas secara tidak langsung dapat memperoleh sumber dan penerima berkongsi memberikan maklumalas.
  • Sumber - maklumbalas melibatkan secara sedar atau tidak sedar kepada isyarat lisan dan bikan lisan.
  • Penerima - maklumbalas melibatkan penyaluran maklumat secara sedar, jelas dan dengan halangan yang paling minimum.

0 comments: