BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 24, 2010

Jenis-jenis Komunikasi

Empet jenis komunikasi :

  1. Komunikasi Massa
  2. Komunikasi Organisasi
  3. Komunikasi Kumpulan kecil
  4. Komunikasi Diadik (berdua)
  • Komunikaasi Massa :
    Tiga ciri utama :
    1. Diarah kepada sasaran relatifnya besar, heterogenous, anonymous.
    2. Disalurkan secara awam, ditentukan supaya mencapai sasaran dalam masa serentak.
    3. Komunikasi cenderung beroperasi dalam organisasi yang kompleks yang melibatkan kos yang besar

    • Komunikasi Organisasi :
    1. Proses saling kebergantungan antara individu dicipta dan pertukaran-pertukaran mesej, intepretasi, perlindungan makna bagi tujuan membentuk dan merealisasikan misi yang dicipta bersama.

    • Komunikasi Kumpulan Kecil 
    1.  Kumpulan ini terdiri daripada 3-30 orang.
    2. Saiz kumpulan mempunyai :
    •  Penglibatan ahli
    • Senang untuk dipinpin atau mengawal kumpulan
    •  Tindakbalas yang cepat dan mudah dioperolehi dari kumpulan yang terlibat
    •  Keupayaan ahli untuk mencapai persetujuan bersama
    •  Struktur kumpulan yang ringkas
    •  Mudah mencapai keberkesanan prestasi kumpulan
    Kelebihan kumpulan besar :

    1. Semakin banyak kepelbagaian dan keupayaan serta pengetahuan
    2. Lebih banyak potensi tenaga untuk mencapai sesuatu tugas
    3. Lebih banyak peluan untuk bertemu dengan ahli-ahli lain yang berpengetahuan, menarik dan mempunyai personaliti yang pelbagai

    Kekurangan saiz kumpulan terlalu besar :

    1. Semakin tinggi kemungkinan untuk wujud subkumpulan
    2. Semakin tidak samarat penglibatan
    3. Semakin tinggi kemungkinan dominasi penglibatan oleh ahli yang banyak bercakap
    4. Semakin tinggi keperluaan terhadap pemimpin
    5. Semakin tinggi kemungkina bagi kepimpinan untuk mengambilalih fungsi-fungsi kumpulan yang mustahak
    6. Semakin tinggi kesukaran untuk mencapaipersetujuan bersama

    • Komunikasi Diadik atau Interpesonal :
    1.  Bentuk komunikasi melibatkan sebilangan kecil induvidu yang boleh berinteraksi dengan eksklusif antara satu sama lain, mesej boleh diadaptasiakn dengan spesifik antara sumber dan penerima serta berupaya untuk mendapat maklumbalas serta merta. 






















    0 comments: