BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 25, 2010

Halangan-halangan dalam komunikasi

Antara halangan berkenaan :

  • Perbendaharaan kata : Dipengaruhi oleh pendidikan, budaya dan tahap kecerdikan. Halangan ini terjadi apabila kita menganggap kita memahami sesuatu perkataan, tetapi pada hakikatnya tidak.
  • Hubungan perkataan-fikiran-benda : Perkataan-perkataan yang dipilih dalam proses enkod diharapkan akan dapat ditafsir dengan tepat dalam proses dekod biasanya tidak akan berlaku sepenuhnya tepat.
  • Bypassing : Berkomunikasi secara sepintas lalu iaitu memberikan maklumat tanpa meminta penjelasan sama ada maklumat berkenaan telah difahami secara jelas atau pun tidak oleh penerima. 
  • Kecenderungan untuk menilai : Ini akan berlaku apabila sumber atau penerima mempunyai tanggapan awal terhadap aspek-aspek peribadi, tingkahlaku dan sebagainya yang mempengaruhi sesuatu proses komunikasi. tanggapan awal ini boleh merupakan sesuatu yang positif atau negatif.

Model-Model Komunikasi

Model Komunikasi :

  • Model Lasswell (1948)
  • Model Osgood (1954)
  • Model Schramm (1954)
  • Model Newcomd Symmentry (1953)


Model Lasswell : Model awal dalam komunikasi dikemukakan oleh Lasswell (1945) yang mengandungi :

  • Siapa
  • Berkata apa
  • Melalui Saluran apa
  • Kepada Siapa
  • Dengan kesan apa

Model Osgood :


  • Osgood (1954) membuat pengubahsuaian dari model Shahon dan Weaver, membentuk model komunikasi yang boleh diaplikasi dalam kejuruteraan.
  • Meletakkan peranan penerima dan penyalur maklumat seorang dan mengambilkira maksud simbol. 

Model Schramm :

  1. Tidak banyak beza dengan model Osgood dam mempunyai model-model tertentu :                           
  • Model pertama : Komunikasi sebagai interaksi antara dua pihak.
  • Model kedua : Memperkenalkan komunikasi yang berkesan berlaku apabila dikongsi bersama.
  • Model ketiga :  Interaksi antara kedua pihak dalam enkod, dekod, menyalur dan menerima isyarat.

Model Symmentry :

  • Komunikasi sebagai saspek psikologi sosial berkaitan interaksi antara manusia
  • Model yang mudah mengandaikan bahawa induvidu A menyalurkan maklumat kepada induvid B tentang sesuatu, X. Ia juga mempunyai koordinasi tertentu.

Kemahiran Berunding

Definasi : Proses di mana dua atau lebih pihak bertukar perkhidmatan atau barangan dan berusaha untuk mendapatkan persetujuan sepakat terhadap masalah yang timbul agar dapat diselesaikan.


Prinsip Berunding dan Berinteraksi secara berkesan :

  1. Responsif : Tindak balas yang rasional semasa mesyuarat, kedua dua pihak perlu mempunyai sifat yang jujur dan ikhlas dimana sifat -sifat ini akan memberi responsif yang positif.
  2. Bersopan : Adab, proseder tatacara bagaimana cara untuk berunding dengan pihak lain. Ia memerlukan kerjasama kedua pihak dan selain itu adab tatacara sosial budaya, faktor-faktor situasi seperti masa, tempat dan pihak ketiga (jika ada) perlu dipertimbangkan.
  3. Saling Membantu : satun konsep perundingan dengan cuba memahami antara satu pihak dengan pihak lain untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik serta diterima kedua pihak. daalm konsep ini sifat bertolak ansur amat memainkan peranan dalam menjayakan proses perundingan.

Komunikasi Keberkesanan

Prinsip Komunikasi 

  • Pada prinsipnya, komunikasi adalah untuk memudahkan kita memahami antara satu sama lain dalam menjalankan urusan harian kita.
  • Komunikasi berkesan akan berlaku sekiranya semua perkara tersebut dipatuhi : 
  1. Elekkan diri daripada beremosi semasa berkomunikasi.
  2. Mestilah mempunyai tahap saling mempercayai penghantar dan penerima.
  3. Mengikis perasaan persepsi negatif (berfikiran terbuka).
  4. Mesti ada keseragaman dalam penyampaian dan penerimaan maklumat.
  5. Mempertingkatkan lagi komunikasi mendengar, menegak ke atas dan ke bawah, dan komunikasi dalam organisasi itu sendiri.
  6. Menjelaskan idea sebelum berkomunikasi.
  7. Menentukan tujuan sebenar mengapa komunikasi itu hendak dilakukan.
  8. Mengambil tindakan susulan selepas menghantar maklumat (maklum balas).
  9. Pastikan tindakan seiring dengan apa yang dicakap atau dikomunikasikan.
  10. Adakan perundingan dengan dengan orang lain terlebih dahulu sebelum mengadakan komunikasi sebenar.
  11. Pastikan dimanakah proses komunikasi itu akan mengambil tempat.
  12. Memudahkan bahasa dan aliran maklumat yang digunakan.
  13. Mendengar dengan aktif dan penuh perhatian.

Friday, September 24, 2010

Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan

Komunikasi Lisan : Merupakan komunikasi yang menggunakan percakapan.


Komunikasi Lisan adalah seperti berikut :

  1.   Perbincangan :
  • Perbincangan : dikategorikan kepada secara formal atau tidak formal. Proses mencari penyelesaian, mesyuarat, perjumpaan merupakan contoh komunikasi lisan yang berbentuk perbincangan.
  • Perbincangan dapat memberi keputusan yang terbaik, mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat, mencetuskan idea- idea yang bernas serta memberi ruang kepada pihak yang terlibat mengambil bahagian dalam membuat keputusan.

     2.   Ucapan :

  • Ucapan merupakan satu kaedah penyampaian maklumat secara lisan menerusi pidato, ceramah, pembacaan laporan bertulis dihadanpan sekumpulan pendengar.
  • Ucapan sering dilakukan ketika menjemput tetamu atau melawat sekolah, pejabat, jabatan atau tempat tertentu.

      3.  Pembentangan

  • Pembentangan sering menggunakan alat bantuan mengajar seperti kertas tulis, video, radio, kaset, video konferens, slaid, filem,grafik dan alat-alat komunikasi yang lain.
  
     4.  Mesyuarat :

  • Mesyuarat merupakan satu pertemuan anatar satu atau lebih orang untuk membuat perancangan atau pelan tindakan, berkongsi idea atau maklumat, membuat keputusan atau mencari jalan bagi penyelesaian masalah dalam jangka pendik atau panjang.

    5.   Perbualan telefon :

  • Telefon merupakan alat komunikasi lisan yang tercanggih masa kini dengan adanya pelbagai jenis dan bentuk telefon seperti telefon mudah alih, telefon tanpa wayar, telefon bimbit, telefon awam. Lain-lain kemudahan yang mengguanakan talian telefon ialah telegram, teleks, kabelgram, mel elektronik, internet dan lain-lain


Komunikasi Bukan Lisan : Komunikasi yang tidak menggunakan percakapan.


Komunikais Bukan Lisan atau Bertulis :

  1. Pengenalan :

  • Penulisan melibatkan penggunaan bahasa, tatabahasa, struktur ayat, dan gaya penulisan dalam pelbagai kaedaan atau situasi. Penulisan memerlukan kreativiti, ketekunan, tepat pada sasarannya dan bahasa yang sesuai dengan penerimanya.
  • Cara komunikasi bertulis adalah berbeza. Menulis surat permohona kerja, surat peribadi, laporan syarikat, nota memerlukan kaedah penulisan yang tertentu.

     2.  Memorandum :


  • Satu alat komunikasi bertulis secara tidak rasmi anatara jabatan atau unit dalam sesebuah organisasi sahaja dan tidak digunakan untuk memberi maklumat kepada orang lain di luar organisasi.
  • Satu kaedah komunikasi dalam organisasi. biasanya memo mengandungi maklumat penting yang hendak disampaikan kepada staf organisasi. Kadangkala, memo dihantar kepada beberapa orang tertentu sahaja dan setiap orang akan menerima salinanaya sendiri.

     3.  Surat menyurat :


  • Surat menyurat adalah satu perkara biasa dilakukan oleh semua orang tampa mengira pangkat dan darjat. Surat menyurat kaedah perhubungan sejak sekian lama terutama apabila berhubung dengan pihak luar organisasi.
  • Surat ditulis dengan pelbagai tujuan seperti memohon kerja, surat kepada kawan, surat perniagaan, suart rasmi kepada sekolah, dan pelbagai tujuan lain. 

    4.   Laporan bertulis :


  • Laporan bertulis ditulis dan dibaca oleh pelbagai peringkat masyarakat sama ada dalam organisasi swasta mahupun kerajaan. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti surat perjanjian, vitae korikulum, telegram, buletin, buku, jurnal, majalah dan lain-lain.

    5.   E-mel :


  • E-mel (Electronic Mail) perkenalkan pada tahun 1980an apabila berlaku percantuman antara dua syarikat komputer gargasi dunia. International Business Machines Professional Office System (IBM, PROFS) Dengan Digital Equipment Corporations (DEC).
  • E-mel merupakan kaedah pertukaran bertulis atau mel suara dengan cepat melalui penggunaan terminal komputer yang telah dibangunkan yang mempunyai rangkaian komputer.  

Bahasa Badan :  Merujuk kepada gelagat kinestatik yang merangkumi pergerakan badan seperti perubahan air muka, pergerakan mata, cara bertindak, cara bertindak dan berjalan, gaya cara dan bahasa isyarat.

Bentuk Komunikasi

Bentuk Komunikasi terbahagi kepada tiga :

  1. Komunikasi Menegak
  2. Komunikasi Mendatar
  3. Komunikasi Melintang

  • Komunikasi Menegak :
  1. Komunikasi bentik menegak melibatkan pertukaran maklumat anatar dua atau lebih peringkat dengan satu atau lebih peringkat lain dalam hieraki organisasi. Contohnye Ketua Pengerusi memberi arahan kepada Pengurus bawahannya.
  2. Ia belih dibahagiakn kepada komunikasi menegak ke atas atau menegak ke bawah
  3. Komunikasi jenis ini memerlukan pengulangan atau serta penggunaan saluaran atau media supaya maklumat dapat diperjelaskan dan tiada terdapat kesalahan maklumat.

  • Komunikasi Mendatar :
  1. Proses komunikasi ini melibatkan idea dan maklumat secara bebas di kalangan staf yang mempunyai persamaan taraf seperti diantar rakan sekerja.
  2. Tujuan komunikasi mendatar adalah untuk menyelaraskan kerja, berkongsi maklumat demi kepentingan organisasi dan menyelesaikan masalah atau konflik yang timbul dan mendapat sokongan daripada rakan seorganisasi dalam menjalankan tugas secara berkumpulan.

  • Komunikasi Melintang :
  1. Komunikasi jenis ini jarang diguna pakai kecuali organisasi tidak rasmi atau tidak formal
  2. Kaedah ini penting sekiranya komunikasi melalui rasmi tidak begitu berfungsi dengan baik. 

Jenis-jenis Komunikasi

Empet jenis komunikasi :

  1. Komunikasi Massa
  2. Komunikasi Organisasi
  3. Komunikasi Kumpulan kecil
  4. Komunikasi Diadik (berdua)
  • Komunikaasi Massa :
    Tiga ciri utama :
    1. Diarah kepada sasaran relatifnya besar, heterogenous, anonymous.
    2. Disalurkan secara awam, ditentukan supaya mencapai sasaran dalam masa serentak.
    3. Komunikasi cenderung beroperasi dalam organisasi yang kompleks yang melibatkan kos yang besar

    • Komunikasi Organisasi :
    1. Proses saling kebergantungan antara individu dicipta dan pertukaran-pertukaran mesej, intepretasi, perlindungan makna bagi tujuan membentuk dan merealisasikan misi yang dicipta bersama.

    • Komunikasi Kumpulan Kecil 
    1.  Kumpulan ini terdiri daripada 3-30 orang.
    2. Saiz kumpulan mempunyai :
    •  Penglibatan ahli
    • Senang untuk dipinpin atau mengawal kumpulan
    •  Tindakbalas yang cepat dan mudah dioperolehi dari kumpulan yang terlibat
    •  Keupayaan ahli untuk mencapai persetujuan bersama
    •  Struktur kumpulan yang ringkas
    •  Mudah mencapai keberkesanan prestasi kumpulan
    Kelebihan kumpulan besar :

    1. Semakin banyak kepelbagaian dan keupayaan serta pengetahuan
    2. Lebih banyak potensi tenaga untuk mencapai sesuatu tugas
    3. Lebih banyak peluan untuk bertemu dengan ahli-ahli lain yang berpengetahuan, menarik dan mempunyai personaliti yang pelbagai

    Kekurangan saiz kumpulan terlalu besar :

    1. Semakin tinggi kemungkinan untuk wujud subkumpulan
    2. Semakin tidak samarat penglibatan
    3. Semakin tinggi kemungkinan dominasi penglibatan oleh ahli yang banyak bercakap
    4. Semakin tinggi keperluaan terhadap pemimpin
    5. Semakin tinggi kemungkina bagi kepimpinan untuk mengambilalih fungsi-fungsi kumpulan yang mustahak
    6. Semakin tinggi kesukaran untuk mencapaipersetujuan bersama

    • Komunikasi Diadik atau Interpesonal :
    1.  Bentuk komunikasi melibatkan sebilangan kecil induvidu yang boleh berinteraksi dengan eksklusif antara satu sama lain, mesej boleh diadaptasiakn dengan spesifik antara sumber dan penerima serta berupaya untuk mendapat maklumbalas serta merta. 






















    Saturday, September 18, 2010

    Elemen utama komunikasi

    Model Asas Elemen-elemen Komunikasi
    Komunikasi boleh disampaikan dengan pelbagai cara:
    1. Sumber :  (induvidu @ kumpulan) - komunikasi disampaikan melalui individu itu sendiri atau melalui kumpulan. Penyampaian komunikasi ini adalah untuk menentukan niat atau tujuan, memastikan penerimaan dan pentafsir maklumbalas daripada penerima, mengubahsuai mesej setelah menerima maklumbalas dan memperbetulkan mesej yang gagal ditafsir. (menkod mesej).
    2. Mesej : hasil proses enkod (menerima maklumat). Mesej juga adalh status set simbol (lisan atau bukan lisan) ia mewakili pemikiran sumber dalam tempoh masa tertentu. Mesej boleh disampaikan dengan pelbagai cara dan ia membawa makna kepada sesuatu perkara atau komunikasi.
    3. Saluran : saluran yang dimaksudkan disini iailah media. Media memainkan peranan penting dalam sesebuah komunikasi kerana ia adalah penghubung sumber dan penerima. Media adalah elemen fizikal penyaluran maklumat. Contohnya, lisan bersemuka, surat, majalah, radio, mel elektronik, teleon dan lain-lain. elemen ini juga mempunyai matlamat dan saluran tersendiri. Ia mengikut kesesuaian dengan sasaran atau penerimanya dan juga dengan kesesuaian bentuk mesej yang hendak disampaikan.
    4. Penerima : induvidu atau kelompok yang menerima mesej yang diterima. penerima juga adalah individu yang ditujukan mesej oleh sumber dan mungkin menerima mesej secara tidak langsung. penerima mentafsirkan mesej dalam bentuk bermakna (dekod atau proses dalaman). 
    5. Maklumbalas : adalah proses mesej-mesej menggambarkan reaksi penerima melalui pendengaran dan memerhatikan  isyarat dari penerima. Melalui maklumbalas secara tidak langsung dapat memperoleh sumber dan penerima berkongsi memberikan maklumalas.
    • Sumber - maklumbalas melibatkan secara sedar atau tidak sedar kepada isyarat lisan dan bikan lisan.
    • Penerima - maklumbalas melibatkan penyaluran maklumat secara sedar, jelas dan dengan halangan yang paling minimum.

    Elemen-elemen dalam Proses Komunikasi

    Komunikasi mempunyai tujuan dan fungsi tersendiri. Terdapat 4 fungsi komunikasi iaitu :
    1. Memberi maklumat : komunikasi secara tidak langsung boleh menyampaikan maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain iaitu melalui lisan dan tulisan.
    2. Menunjuk atau mempengaruhi : melalui komunikasi seseorang itu mampu menunjukkan sesuatu bukti atau maklumat yang hendak disampaikan dan secara tidak langsung komunikasi juga boleh mempengaruhi seseorang.
    3. Memahami : fungsi komunikasi juga akan membolehkan seseorang induvidu memahami maklumat yang hendak disampaikan dan yang diperolehinya.
    4. Membuat keputusan : tujuan komunikasi juga adalah untuk menyampaikan sesuatu keputusan atau membuat keputusan dengan pelbagai cara iaitu melalui lisan ataupun tulisan.