Antara halangan berkenaan :
- Perbendaharaan kata : Dipengaruhi oleh pendidikan, budaya dan tahap kecerdikan. Halangan ini terjadi apabila kita menganggap kita memahami sesuatu perkataan, tetapi pada hakikatnya tidak.
- Hubungan perkataan-fikiran-benda : Perkataan-perkataan yang dipilih dalam proses enkod diharapkan akan dapat ditafsir dengan tepat dalam proses dekod biasanya tidak akan berlaku sepenuhnya tepat.
- Bypassing : Berkomunikasi secara sepintas lalu iaitu memberikan maklumat tanpa meminta penjelasan sama ada maklumat berkenaan telah difahami secara jelas atau pun tidak oleh penerima.
- Kecenderungan untuk menilai : Ini akan berlaku apabila sumber atau penerima mempunyai tanggapan awal terhadap aspek-aspek peribadi, tingkahlaku dan sebagainya yang mempengaruhi sesuatu proses komunikasi. tanggapan awal ini boleh merupakan sesuatu yang positif atau negatif.
0 comments:
Post a Comment